Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

MBK sediakan ‘Buggy Ride’ di Pusat Mengundi

By 19 November 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: JP Allyshia

KUANTAN, 19 Nov (Malaysiaaktif) – Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menyediakan perkhidmatan ‘buggy’ di pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Sera bagi menyemarakkan Kempen ‘Go Green’.

Dato’ Bandar MBK Dato’ Hamdan Husin berkata, pihaknya menyediakan perkhidmatan ini bagi memudahkan pengundi ke pusat mengundi yang meletakkan kenderaan jauh dari pusat mengundi.

“Perkhidmatan ‘buggy’ ini juga adalah bertujuan untuk menyemarakkan Kempen ‘Go Green’ serta memberikan keseronokan kepada pengundi dan diharapkan perjalanan proses mengundi berjalan lancar,” katanya.

Salah seorang pengundi ketika ditemui, Kam Kok Fung, 41, berkata, inisiatif ini wajar dipuji kerana memberi kemudahan kepada pengundi.

“Ini adalah kali kedua saya mengundi dan saya rasa perkhidmatan ini menyeronokkan dan saya amat menyukainya,” katanya selepas selesai mengundi di sini, hari ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda