Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

589 Keluarga Mangsa Banjir Terima Bantuan Wang Ihsan

By 19 November 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fasharina Kholil/Sharul Effandi Yusof (Sik)

SIK, 19 Nov (Malaysiaaktif) – Sejumlah 589 ketua isi rumah yang terlibat dalam musibah banjir bagi dua kejadian bencana pada tahun 2021 dan 2022 menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000.

Menurut Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah meluluskan kesemua permohonan BWI yang dimohon melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Jelas beliau lagi, walaupun tidak sepenuhnya berupaya untuk menampung kerugian sebenar akibat bencana, tetapi diharapkan BWI ini dapat mengurangkan sedikit beban yang terpaksa ditanggung oleh mangsa.

“Saya melihat bencana bukan sahaja daripada aspek kerosakan yang dibawa tetapi juga daripada sudut positit di mana ianya adalah peluang untuk sama-sama kita belajar, mengambil pengajaran serta iktibar agar kita lebih bersedia dan berdaya tahan terhadap bencana pada masa hadapan,” ujarnya lagi ketika merasmikan Majlis Penyerahan BWI Daerah Sik di Dewan Al Hana, di sini kelmarin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda