Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Program Ziarah Kasih @ Komuniti Kuching Medium Saluran Maklumat Rakyat

By 19 November 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norlia Mili (Sarawak)

KUCHING, 19 Nov (Malaysiaaktif) – Program Ziarah Kasih @ Komuniti Kuching anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak di salah sebuah pusat membeli-belah di sini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan dihadiri kira-kira 250 orang pengunjung.

“Penganjuran program seperti ini amat baik kerana maklumat yang sahih dan tepat serta boleh dipercayai sebagai sumber rujukan dapat diperolehi melalui pengedaran risalah-risalah, yang turut membantu saya dalam proses pengajaran di sekolah,” kata seorang pengunjung Tracy Mitol, 43.

Selain persembahan hiburan, pelbagai pengisian lain program juga turut diselitkan untuk para pengunjung yang hadir seperti pertandingan pertandingan dam gergasi, mencari perkataan tersembunyi, kuiz kenegaraan dan lain-lain lagi.

Pameran oleh Pusat Maklumat Rakyat dan edaran risalah berkaitan mesej kerajaan dan maklumat semasa turut mendapat sambutan pengunjung.

-ZS-

Tinggalkan komen anda