Laporan/foto: JP Allyshia/Sh. Nurrul
PEKAN, 29 Nov (Malaysiaaktif) – Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar semua wakil rakyat dapat mengenepikan ideologi dan sentimen politik serta meletakkan agenda pembangunan negeri dan kebajikan rakyat sebagai keutamaan sempena Majlis Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan, di sini semalam.
“Dalam proses mencapai negeri maju, rakyat tidak mahu lagi melihat tuan-tuan dan puan-puan terus berpolitik, mencari salah sana dan sini, sebaliknya rakyat mahu wakil rakyat yang duduk di kerusi kerajaan untuk membawa perubahan dan membawa Pahang terus maju ke hadapan.
“Bagi wakil rakyat yang berada di sebelah pembangkang, menjadi semak dan imbang dengan profesional dan matang, dan mana dasar yang kurang baik, tegur dan berilah idea untuk ditambah baik,” titahnya lagi.
Baginda turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail atas pelantikan semula Menteri Besar Pahang.
-ZS-