Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Pertembungan Empat Penjuru di Parlimen Permatang Pauh

By 7 November 2022November 10th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zahari Zakaria/ Nurul Wahida Mohamad Noor

PERMATANG PAUH, 6 Nov (Malaysiaaktif) – Hari ini merupakan hari Penamaan Calon seperti yang telah diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

Penamaan Calon bagi parlimen Permatang Pauh telah diadakan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Bukit Mertajam bermula 8.00 pagi.

Mohd Zaidi Haji Said, calon Barisan Nasional memuji tindakan semua penyokong yang hadir, kerana tidak menimbulkan kekacauan pada hari ini.

Pegawai Pengurus Pilihanraya membuat pengumuman nama-nama calon yang layak bertanding pada 11.10 pagi dan semua calon yang mendaftar telah melepasi semua tapisan yang telah dibuat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda