Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Petugas SPR Semak Peti Undi

By 18 November 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salawati Mat Shariff

BAYAN LEPAS, 18 Nov (Malaysiaaktif) – Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengadakan semakan peti undi sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) esok.

Taklimat telah disampaikan oleh Pembantu Pilihan Raya, Kumanan Kandasamy kepada Ketua Tempat Pengundi, Kerani Pengundian dan Penyelia Pusat Pengundi yang hadir di Dewan Dato’ Haji Ismail Hashim, Sekolah Menengah Sungai Ara, di sini hari ini.

“Proses semakan dokumen dan peralatan mengundi ini perlu dijalankan untuk memastikan kesemua persediaan dan peralatan mencukupi serta berada dalam keadaan yang baik,” katanya.

Selesai proses semakan yang bermula seawal pukul 9.00 pagi tadi, semua peralatan mengundi disimpan di lokasi selamat dan dikawal rapi oleh anggota polis.

-ZS-

Tinggalkan komen anda