Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

80,000 Polis Ditugaskan Secara Langsung untuk PRU-15

By 19 November 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zaidy Salim/PDRM

PUTRAJAYA, 19 Nov (Malaysiaaktif) – 80,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah digerakkan bagi bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin terutama pada hari pengundian sehingga selepas PIlihan Raya Umum ke-15 PRU15.

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan malam tadi berkata orang ramai yang akan menunaikan tanggungjawab dan hak sebagai pengundi pada PIlihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini tidak perlu bimbang untuk keluar mengudi.

“Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang cuba mengancam ketenteraman awam terutamanya yang boleh menjejaskan perjalanan proses pembuangan undi,” katanya.

Acryl turut menasihatkan semua pihak untuk tidak mengadakan sebarang perhimpunan di tempat terbuka atau perarakan bagi meraikan kemenangan setelah PRU15 berakhir.

“PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang ingkar demi memastikan keselamatan dan ketenteraman masyarakat,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda