Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

PRU15: Poster Gergasi Mula Penuhi Seri Iskandar

By 17 November 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suriani Ghazali/Ikhwan Nasrin Khairudin (Perak Tengah)

SERI ISKANDAR, 17 Nov (Malaysiaaktif) – Kemunculan poster gergasi calon-calon yang bertanding bagi Parlimen Parit dan DUN Bota sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mula memenuhi pekan Seri Iskandar setelah proses berkempen berbaki dua hari saja lagi.

Pengundi dari Kampung Suak Padi, Jasmani Mat Jalak, 61, turut melahirkan rasa teruja melihat poster gergasi yang dipasang namun berpandangan kemeriahan perang poster dan bendera kali ini tidak begitu hangat berbanding PRU14 yang lalu.

“Ada kemungkinan calon-calon yang bertanding memilih untuk lebih fokus kepada gerak kerja kempen bertemu pengundi daripada memasang poster dan bendera,” tambahnya lagi.

Parlimen Parit dan DUN Bota masing-masing menyaksikan pertembungan sengit empat penjuru di antara calon Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Pejuang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda