Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Replika Menarik Meriahkan Kempen PRU15

By 17 November 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fasharina Kholil Sharul Effandi Yusof (Sik)

SIK, 17 Nov (Malaysiaaktif) – Selain pemasangan bendera, poster serta sepanduk parti yang semakin rancak di pasang merata-rata tempat, tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)  ini turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai bentuk replika menarik yang dihasilkan oleh penyokong parti di sini.

Pelbagai jenis replika seperti kapal layar, pesawat, keris dan beberapa replika lagi dibina di beberapa tempat sekitar Sik menjadi tumpuan penduduk kampung selain pengguna jalan raya yang sanggup berhenti untuk mengambil gambar.

Menurut salah seorang penduduk tempatan, Sharifah Mohd Daud, 42, PRU15 adalah perkara yang dinanti-nantikan kerana mahu melihat kemeriahan perang bendera parti.

PRU bukan sahaja kerana saya teruja untuk mengundi sebaliknya teruja untuk melihat kemeriahan penyokong memasang bendera dan membina replika daripada daripada parti bertanding.

“Balik kerja pada waktu petang saya akan membawa anak-anak ronda untuk melihat bendera dan replika yang dibina. Bila lalu saja depan replika ni, mereka (anak-anak) bukan main sorak lagi. Kita tengok pun suka, inikan pula budak-budak,” ujarnya lagi.

“Ia akan menjadi kenangan PRU15 bukan para pengunjung yang singgah dan mengambil gambar replika tersebut sebelum memuat naik gambar berkenaan di platform media sosial masing-masing,” jelasnya mengakhiri perbualan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda