Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

PRU15: Teruja Mengundi Kali Pertama, Pengundi Muda Sedar Tanggungjawab

By 17 November 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nurlaila Abdul Azid (Ipoh)

IPOH, 17 Nov (Malaysiaaktif) – Beberapa pengundi muda yang bakal mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini ketika ditemui di sini semalam meluahkan rasa teruja untuk mengundi buat kali pertama namun sedar tanggungjawab besar dalam memilih pemimpin yang tepat.

Pelajar Politeknik Ungku Omar (PUO), Arun Ohviyan, 20, berkata beliau akan mengundi di Parlimen Tambun.

“Saya berasa teruja dan tidak sabar untuk merasai suasana di pusat pengundian selain gembira mengetahui peranan anak muda dapat menyumbang kepada pentadbiran negara.

Perasaan sama turut dikongsi oleh Sam Ying Hao, 20, pelajar PUO dari Puchong yang berharap kerajaan yang dipilih oleh rakyat dapat berkhidmat dengan lebih baik pada masa hadapan.

Sementara itu, seorang penjawat awam, Siti Nor Farhana Md Zairozi, 25, tidak melepaskan peluang untuk mengundi walaupun perlu membuat undian secara pos pada PRU15 ini kerana tidak dapat pulang mengundi disebabkan komitmen terhadap tugas.

“Tanggungjawab kita sebagai pengundi adalah untuk memilih orang yang paling layak bagi memimpin negara, jadi gunakan peluang ini sebaiknya,” ujarnya ketika ditemu bual.

-ZS-

Tinggalkan komen anda