Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Hasrat Ihsan Johor Tanam 100 Pokok Tercapai 

By 9 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/Mohd Nasir Salman (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 9 Dis (Malaysiaaktif) – Melalui aktiviti ‘Adopt a Tree’, Pertubuhan Ihsan Johor telah berjaya mencapai sasaran menanam 100 anak pokok pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Ihsan Johor Farrah Faridah Baptist berkata, aktiviti menanam pokok telah bermula pada bulan Julai tahun ini dan akan diteruskan pada tahun hadapan dengan sasaran untuk menanam 300 anak pokok.

“Aktiviti ini sangat penting bagi menangani isu kelestarian alam sekitar dan menyumbang ke arah karbon sifar selaras Kempen Penanaman 100 Juta Pokok oleh pihak kerajaan,” katanya ketika ditemui semasa program menanam 30 anak pokok kelapa pandan bersama pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Morni Pok dan Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sayang di Kampung Pok, Iskandar Puteri dekat sini semalam.

Guru Besar SK Morni Pok Rohani Mat Kamis berkata, program bersama Ihsan Johor juga memberi kesedaran kepada pelajar mengenai ancaman bahaya dari haiwan berbisa.

“Kadang-kadang ada haiwan berbisa yang memasuki kawasan persekitaran sekolah seperti ular dan pelajar-pelajar perlu segera sedar ancaman bahaya yang mungkin terjadi dan memastikan keselamatan diri sendiri,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda