Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

PEH Mampu Kurangkan Beban Peningkatan Kos Sara Hidup Rakyat

By 9 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 9 Dis (Malaysiaaktif) – Projek Pertanian Pemacu Ekonomi Hidroponik (PEH) mampu membantu mengurangkan beban peningkatan kos sara hidup khasnya dalam kalangan rakyat di negeri Perlis.

Menurut Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli projek PEH yang merupakan inisiatif Jabatan Pertanian dan kerajaan Negeri Perlis bertujuan untuk membantu rakyat negeri Perlis khususnya kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan golongan belia yang telah terjejas untuk memperolehi sumber pendapatan tambahan.

“Kerajaan Negeri Perlis menerima peruntukan di bawah Projek Jaminan Bekalan Makanan, Pelancongan, Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar berjumlah RM750,000 bagi fasa pertama ini.

ā€œProjek ini melibatkan seramai 125 orang peserta yang telah dipilih daripada 15 kawasan Dewan Undangan Negeri,” jelas beliau.

-ZS-

Tinggalkan komen anda