Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

EX-MARLIN Uji Kesiapsiagaan Lapangan Terbang Hadapi Insiden Kecemasan

By 8 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 8 Dis (Malaysiaaktif) – Latihan Kecemasan Aerodrom Ketiga EX-MARLIN 2022 berjaya menguji kesiapsiagaan Lapangan Terbang Labuan dalam menghadapi sebarang insiden kecemasan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan Rithuan Mohd Ismail, latihan pada skala penuh itu bagi mematuhi keperluan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

“EX-MARLIN bertujuan untuk menguji dan menilai keberkesanan Pelan Kecemasan Aerodrome (AEP) di lapangan terbang yang dikendalikan oleh Malaysia Airports.

“Pelan Kecemasan Aerodrome (AEP) ialah dokumentasi yang merangkumi pelan kontingensi untuk menyelaras tindakan melalui garis panduan yang ditetapkan mengikut fungsi dan tanggungjawab am unit operasi di lapangan terbang, agensi kerajaan dan syarikat penerbangan sekiranya berlaku kecemasan di lapangan terbang,” katanya semasa sidang media selepas tamat latihan itu di Lapangan Terbang Labuan pagi tadi.

Lebih 300 peserta terdiri daripada pelbagai agensi dan rakan strategik terlibat dalam latihan yang melibatkan dua situasi iaitu simulasi kemalangan pesawat udara dan simulasi ancaman bom atau bahan kimia.

-ZS-

Tinggalkan komen anda