Laporan/foto: Siti Nor Asikin Haria (Bandar Baharu)
BANDAR BAHARU, 29 Dis (Malaysiaaktif) â Aktiviti Jari Seni yang diadakan pada setiap hari Khamis sepanjang cuti penggal persekolahan ini oleh Perpustakaan Awam di sini menjadi tarikan kepada kanak-kanak di Serdang dan Bandar Baharu.
Menurut Pembantu Perpustakaan Awam Bandar Baharu, Syahruwardi Ibrahim, 43, ketika ditemui berkata, aktiviti tersebut bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 1.00 petang.
âSebanyak tiga aktiviti Jari Seni telah dilakukan pada hari ini iaitu mewarna lukisan bagi kanak-kanak prasekolah, aktiviti âbird craftâ untuk kanak-kanak Tahap 1, 2 dan 3 serta aktiviti âchicken craftâ untuk kanak-kanak Tahap 4, 5 dan 6.
âSepanjang sesi persekolahan pula setiap hari Khamis bermula pukul 3.30 hingga 5.00 petang kami perpustakaan akan mengadakan aktiviti Galakan Membaca,â katanya.
âKami mengadakan aktiviti yang berbeza seperti âpaper plate peguinâ, âdiy cup housesâ, âoctopus craftâ, âsavenger huntâ, âmusical chairsâ, âduck craftâ, âelephant ballon craftâ dan sebagainya.
âSelain daripada aktiviti membaca, kanak-kanak juga boleh menyertai permainan dalaman yang disediakan seperti congkak, lego, baling boling, susun blok, batu seremban dan beberapa permainan lain yang ada,â katanya lagi.
Menurut Syahruwardi lagi Jari Seni telah berjaya menarik minat hampir 40 orang kanak-kanak dan setiap peserta turut menerima buah tangan serta membawa pulang hasil kraftangan masing-masing yang disiapkan.
âPenyertaan juga adalah secara percuma dan perpustakaan ini turut menerima lawatan dan permohonan bagi penganjuran aktiviti oleh pihak sekolah atau pihak luar. Pihak kami juga turut mengadakan aktiviti kraf dalam talian dan ianya boleh ditonton melalui media sosial kami.
âSebarang pertanyaan dan permohonan mengenai aktiviti, orang ramai boleh menghubungi Perpustakaan Awam Bandar Baharu di talian 04-4076969/019-4544892 (Syahruwardi) atau orang ramai boleh melayari di laman Facebook Perpustakaan Awam Bandar Baharu,â katanya.
-ZS-