Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

K-KOMM Kini Dikenali Sebagai Kementerian Komunikasi dan Digital

By 7 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zaidy Salim (Putrajaya)/JaPen

PUTRAJAYA, 7 Dis (Malaysiaaktif) – Kementerian Komunikasi dan Mulmemedia Malaysia (K-KOMM) kini dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Digital.

Menurut menterinya Fahmi Fadzil dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat Kabinet di sini, pertukaran nama itu telah disahkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali.

“Saya ingin maklumkan secara rasminya bahawa nama kementerian ini ialah Kementerian Komunikasi dan Digital, ‘The Ministry of Communications and Digital’. Ini telah disahkan oleh KSN pada pagi tadi,” katanya hari ini.

Fahmi turut memaklumkan agensi berkaitan seni dan budaya akan diletakkan di bawah kementerian lain.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Seri Mohamad Mentek.

-ZS-

Tinggalkan komen anda