Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Kedai Ubat Cina Berjasa Hampir 80 Tahun kepada Penduduk Labuan

By 14 Disember 2022One Comment1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 14 Dis (Malaysiaaktif) – Sebuah kedai yang menjual ubat-ubatan tradisional masyarakat Cina di Labuan masih kekal beroperasi hampir 80 tahun untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat tempatan.

Menurut pemiliknya Chin Heng Lam, 80, beliau merupakan generasi kedua selepas mendiang bapanya menjalankan perniagaan itu sejak tahun 1944.

“Lebih tiga ribu jenis ubat-ubat tradisi Cina seperti ginseng, herba dan tumbuh-tumbuhan dijual untuk kegunaan dalaman serta luaran.

“Dulu kebanyakan yang membeli adalah dalam kalangan orang-orang Cina tetapi ramai beli tetapi sekarang orang Melayu yang ramai kerana mereka sudah pandai jaga badan,” katanya semasa ditemui pagi tadi.

Tambahnya, beliau berpegang kepada pesan mendiang ayahnya untuk meneruskan perniagaan itu walaupun mendapat keuntungan yang tidak seberapa dan berharap legasi itu akan diteruskan oleh anak-anaknya kerana perniagaan itu amat bermakna baginya.

“Dahulu semasa bapa saya menjalankan perniagaan ini, pelanggan akan datang mengetuk pintu rumah di tengah malam untuk membeli ubat-ubatan keperluan mereka.

“Perniagaan ini amat bermakna dan banyak memberikan kenangan bagi saya,” jelasnya lagi yang juga merupakan pesara Jabatan Imigresen.

-ZS-

One Comment

Tinggalkan komen anda