Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Op SAR Mangsa Hilang di Pulau Kuraman Dihentikan

By 29 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/JBPM Labuan

LABUAN, 29 Dis (Malaysiaaktif) – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pekerja kapal ikan yang hilang di perairan Pulau Kuraman Sabtu lalu dihentikan petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Labuan yang juga Komander Operasi SAR, Supt. Ahmad Jawila, operasi SAR yang dijalankan selama lima hari itu gagal menemukan sebarang petunjuk mengenai mangsa yang hilang.

“Operasi mencari dan menyelamat dijalankan bermula 24 Disember lalu oleh pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Perikanan. Satu Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dibuka di Jeti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Kiansam.

“Operasi pencarian seluas 610 batu nautika ini melibatkan 71 pegawai serta anggota bersama sepuluh buah aset laut dan darat termasuk Unit Dron Bomba serta pesawat Cessna PDRM,” katanya dalam satu sidang media di Jeti Kastam Labuan, semalam.

Ahmad turut merakamkan penghargaan kepada seluruh jentera agensi penyelamat yang bertungkus lumus dalam operasi itu walaupun dalam keadaan cuaca yang kurang baik dan akan mengaktifkan semula operasi SAR jika mendapat sebarang petunjuk baharu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda