Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Pameran Serlah Bakat Pelajar KKGP

By 9 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin (Ipoh)/Kolej Komuniti Gerik

IPOH, 9 Dis (Malaysiaaktif) – Majlis penutup program A Day To Remember ‘Final Year Student Exhibition 2022’ Kolej Komuniti Gerik Perak (KKGP) menyaksikan 25 pasang rekaan pakaian projek akhir pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian dipersembahkan kepada jemputan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Negeri Perak Salbiah Mohamed berkata program seumpama ini memberi peluang dan ruang kepada pelajar untuk menonjolkan bakat bagi memenuhi permintaan industri dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

“Besar harapan saya agar pelajar dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi untuk terus kompeten dan berdaya saing dalam pengajian dan kerjaya akan datang,” katanya ketika berucap merasmikan majlis di Dewan Al-Farabi, Gerik dekat sini semalam.

Objektif program ini adalah untuk mempamerkan hasil kerja dan mempersembahkan daya kreativiti dan inovatif para pelajar kepada komuniti setempat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda