Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Pelan Strategik PL dan Pelan Pendigitalan ICT 2022-2026 Jadikan Labuan Mampan dan Sejahtera

By 9 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/Perbadanan Labuan

LABUAN, 9 Dis (Malaysiaaktif) – Pelan Strategik Perbadanan Labuan (PL) 2022-2026 dan Pelan Pendigitalan ICT 2022-2026 menggariskan strategi dan pelan tindakan dalam tempoh 2022-2026 bagi mencapai visi menjadikan Wilayah Persekutuan Labuan mampan dan sejahtera menjelang 2026.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PL Rithuan Mohd Ismail empat langkah akan diambil bagi memastikan pembangunan terancang dan mensejahterakan rakyat iaitu penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan, pembangunan ekonomi yang berterusan, peningkatan prasarana yang berkualiti dan penyediaan perkhidmatan perbandaran yang efisyen.

“Manakala Pelan Pendigitalan ICT PL 2022-2026 dihasilkan dengan visi peneraju perkhidmatan digital ke arah bandar pintar yang mampan dan sejahtera dengan misi memantapkan perkhidmatan pendigitalan ke arah tadbir urus yang lebih cekap dan efisien, mengoptimumkan penggunaan aplikasi dan perkakasan ICT di PL serta mengadaptasi teknologi semasa dan pemperkasa warga PL dalam teknologi digital sejajar dengan perkembangan teknologi semasa,” katanya semasa melancarkan kedua-dua pelan itu pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga PL di sini pagi tadi.

Beliau turut berharap seluruh Warga Kerja PL akan dapat bersama-sama berganding bahu bagi menjayakan visi, misi, matlamat serta pelan tindakan yang telah digariskan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda