Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Pertanian Menjana Hasil Lumayan

By 15 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nasrul Abdul Hamid (Rembau)

REMBAU, 15 Dis (Malaysiaaktif) – Program Hari Bertemu Pelanggan anjuran Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Rembau diadakan di Dewan Agora, di sini hari ini dengan memberi fokus kepada masyarakat setempat berkaitan pertanian.

Ahli Parlimen Rembau Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan berkata pertanian adalah satu perniagaan dan dapat membuahkan hasil yang lumayan.

“Kepada golongan muda, rebutlah peluang dalam bidang pertanian ini kerana sememangnya ianya mendatangkan hasil yang lumayan jika diurus dengan baik,” katanya dalam ucapan perasmian.

Mohamad Haji Hasan yang juga Menteri Pertahanan turut menyampaikan sumbangan dermasiswa, bantuan banjir dan penyampaian zakat kepada individu yang terpilih.

Pelbagai program turut diadakan seperti jualan industri kecil dan sederhana (IKS) serta jualan hasil pertanian.

Menurut seorang pengunjung Norli Abdullah, 68, berkata dengan adanya program seperti ini masyarakat dapat memperoleh informasi terkini berkaitan pertanian.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dato Zaifulbahri Idris Chembong dan ADUN Kota Dato Seri Awalludin Said.

-ZS-

Tinggalkan komen anda