Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Pengiktirafan Buat Kampung Terbaik Daerah Seremban

By 15 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Shaharudin Suratman (Seremban)/ Pejabat Daerah dan Tanah Seremban

SEREMBAN, 15 Dis (Malaysiaaktif) – Pengiktirafan buat barisan jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dalam mengurus dan menambah baik komuniti kampung agar khidmat bakti kepada masyakarat terus dilaksanakan dengan jaya.

Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun berkata demikian semasa  menyampaikan Anugerah Kampung Terbaik Daerah Seremban di Klana Resort, di sini baru-baru ini.

“Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf usaha MPKK setempat dalam menguruskan komuniti kampung dengan baik.

“Anda semua adalah barisan hadapan yang seharusnya bersedia memberi bantuan awalan buat masyarakat setempat. Yang paling penting adalah peranan pemimpin komuniti dalam menyampaikan perkhidmatan dan maklumat berkenaan Kerajaan Negeri,” katanya lagi.

MPKK Kampung Pulau, di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu telah berjaya menjadi johan bagi anugerah tahun ini dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 diikuti MPKK Kampung Sentosa Jaya, DUN Paroi menerima wang tunai RM3,000 dan tempat ketiga MPKK Kampung Batu 3 Mambau, DUN Mambau yang menerima RM2,000.

Turut hadir Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pembangunan Luar Bandar merangkap Ahli DUN (ADUN) Labu Dato’ Hj. Ismail Hj. Ahmad, EXCO Pembangunan Belia dan Sukan merangkap ADUN Paroi Dato’ Haji Mohamad Taufek Abd. Ghani dan Tuan Yap Yew Weng, ADUN Mambau.

-ZS-

Tinggalkan komen anda