Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

19 Mangsa Penipuan Agen Perumahan RMMJ Direkodkan Tahun Lepas

By 2 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 2 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 19 orang mangsa penipuan melibatkan agen perumahan yang tidak diiktiraf oleh Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ) telah dilaporkan pada tahun 2022.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor Jafni Md Shukor, sindiket agen perumahan mengenakan bayaran deposit antara RM500 hingga RM5,000 bagi mendapat Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ.

“Saya beri amaran kepada agen perumahan berkenaan supaya menghentikan aktiviti menipu kepada Bangsa Johor dalam pemilikan Rumah Johor,” katanya ketika bercakap dalam sidang media selepas merasmikan Program Jom Turun @ PPR Sri Stulang dan Sri Iskandar di Dewan Serbaguna PPR Stulang, di sini semalam.

Jafni turut mengingatkan kepada penyewa supaya tidak menyewakan Perumahan Rakyat (PPR) kepada orang lain untuk mengaut keuntungan dan bermula 1 Januari ini, penyewa perlu membuat pembayaran sewa rumah selepas kerajaan negeri telah menanggung kos sebanyak RM50 juta sejak dua tahun lalu.

“PKPJ turut memperkenalkan kaedah pembayaran sewa rumah melalui portal rasmi dan aplikasi mudah alih ‘Johorpay’.

Turut hadir, Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor Paduka Suhailizan Suliman, Ahli Dewan Undangan Negeri Stulang Chen Kah Eng, Penghulu Mukim Plentong Nurulfaiz Aman, pemimpin setempat dan penduduk sekitar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda