Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Pantai Tanjung Buloh Dibuka Semula

By 2 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ashikin Mustafa/Shahqrul Azim Shaari (Kota Tinggi)

KOTA TINGGI, 2 Jan (Malaysiaaktif) – Pantai Tanjung Buloh yang merupakan salah satu tarikan pelancongan di daerah ini telah dibuka semula kepada orang awam bermula semalam.

Pegawai Daerah Kota Tinggi Datin Paduka Hazlina Jalil dalam ucapannya sempena Program Majestic Johor Clean Peringkat Daerah Kota Tinggi berkata pembukaan semula pantai tersebut dimulakan dengan program pembersihan agar dapat memupuk sifat positif dalam kalangan orang awam.

“Pantai ini telah beroperasi pada akhir tahun 2019 namun ditutup akibat isu berkaitan bekalan air.

“Penglibatan agensi kerajaan seperti pihak-pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi swasta dalam program hari ini mencerminkan kesepaduan bagi menjaga kebersihan pantai awam,” ujarnya.

Turut hadir Ahli Parlimen Batu Pahat Onn Abu Bakar adalah  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili Muszaide Makmor, ADUN Parit Raja Nor Rashidah Ramli, ADUN Penawar Fauziah Misri dan ADUN Tanjung Surat Aznan Tamin serta Ketua-Ketua Jabatan Daerah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda