Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

3.5 Juta Rakyat Selangor Telah Daftar INSAN – MB

By 29 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 29 Jan (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan seramai 3.5 juta rakyat Selangor telah mendaftar Skim Insurans Am Selangor (INSAN) sehingga akhir Disember tahun lalu.

Katanya, kerajaan negeri juga akan berbincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor supaya murid-murid sekolah turut dilindungi insurans berkenaan.

“Murid Tahun Satu hingga Tahun Enam berjumlah tiga juta, kita akan cuba daftarkan secara automatik agar dilindungi oleh insurans ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Jelajah Program Bantuan Masuk Sekolah Ahli Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) bagi sesi persekolahan darjah satu tahun 2023 di Batu Caves hari ini.

INSAN yang diperkenalkan pada 1 Oktober tahun lalu merupakan perlindungan insurans berkumpulan kepada enam juta rakyat Selangor berumur 30 hari hingga 80 tahun.

Ia bertujuan memberi pampasan sebanyak RM10,000 kepada setiap rakyat dan pengundi Selangor sekiranya berlaku kematian, kemalangan atau penyakit mengikut jenis.

-ZS-

Tinggalkan komen anda