Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Tambun Jadi Penanda Aras Konsep Madani

By 29 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad/Nurul Azirah Mohd Yunus (Kinta)

IPOH, 29 Jan (Malaysiaaktif) – Parlimen Tambun bakal menjadi penanda aras bagi setiap parlimen di Malaysia dalam merealisasikan konsep Madani.

Menurut Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bakal mewujudkan sebuah Sekretariat dan Dewan Masyarakat Madani di Parlimen Tambun.

“Tujuan sekretariat itu dilancarkan adalah bagi menterjemahkan konsep Madani dalam masyarakat seharian yang menyentuh pelbagai bidang.

“Antara bidang tersebut ialah sosial budaya, ekonomi, pendidikan, keilmuan, kesihatan, pengurusan sumber, kebajikan, kemanusiaan dan pembangunan asas,” katanya ketika berucap merasmikan Kompleks Pendidikan Baitul Ridzuan MAPIM dan Dewan Masyarakat Madani Parlimen Tambun di Manjoi, di sini hari ini.

Azizah yang hadir bagi mewakili Perdana Menteri turut menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap usaha ini agar konsep Madani dapat direalisasikan dan bukan sekadar menjadi retorik atau slogan sahaja.

-ZS-

Tinggalkan komen anda