
Laporan/foto: Mohamad Amiruddin Adli Ishak (Alor Gajah)
MASJID TANAH, 29 Jan (Malaysiaaktif) – Program Pengurusan Jenazah Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berjaya dianjurkan bagi membantu masyarakat mempersiapkan diri dengan ilmu pengurusan jenazah secara lebih teliti.
Menurut Ahli DUN Ayer Limau Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, usaha menjayakan program ini bertujuan mempertingkatkan ilmu pengurusan jenazah di samping mempelajari adab serta kriteria pengurus jenazah berpandukan syariat Islam.
“Selain daripada latihan secara praktikal yang diadakan, mereka juga telah didedahkan dengan amalan pengurusan jenazah melibatkan urusan sebelum, semasa dan terakhir pengebumian jenazah.
“Secara keseluruhannya program ini mampu meningkat kefahaman kepada kita semua,” katanya ketika ditemui di Masjid Tok Janggut, Paya Rumput, di sini baru-baru ini.
-ZS-