Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

64 Terima Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri Sembilan

By 28 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hamidah Md Drus (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 28 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 64 orang pemohon Rumah Mampu Milik Type A di Taman Juasseh Sentosa menerima surat pemilikan yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Kampung Baru, Teo Kok Seong, di sini semalam.

Pembinaan rumah mampu milik ini merupakan inisiatif dan usaha Kerajaan Negeri Sembilan dalam membela rakyat terutama daripada golongan yang kurang berkemampuan memiliki rumah sendiri.

Menurut penjawat awam Nirwan Ramli, 40, beliau mengemukakan permohonan dengan mengisi borang pada tahun 2021 lagi dan tidak menaruh harapan yang tinggi akan berjaya.

“Saya bersyukur kerana dapat memiliki rumah dengan harga yang berpatutan. Terima kasih kepada kerajaan negeri atas usaha yang dilakukan ini,” katanya ketika ditemui, di sini.

Sementara itu Mohd Taufik, 39, berkata kini dia tidak perlu lagi menyewa rumah kerana telah memiliki rumah sendiri.

“Harapan saya semoga lebih banyak lagi Rumah Type A ini dibina di daerah Kuala Pilah kerana masih ramai anak muda yang tidak mampu memiliki rumah ketika ini,” katanya lagi.

Turut hadir Pegawai Daerah Kuala Pilah Kuala Pilah Mohd Faizal Abdul Manap.

-ZS-

Tinggalkan komen anda