Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Yee Sang Simbol Perpaduan

By 28 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nurul Ain Johari (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 28 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 2000 orang hadir memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Besar Chee Ann Khor, Yong Peng, dekat sini hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Ayer Hitam Wee Ka Siong, menu yee sang menjadi kewajipan setiap tahun dalam Sambutan Tahun Baru Cina pada hari ketujuh, malah di Malaysia sebelum dan selepas perayaan juga masih mengadakan upacara yee sang.

“Mengikut kalendar Cina, hari ini iaitu hari ketujuh Tahun Baru Cina adalah hari lahir setiap insan.

“Antara menu yang turut tersedia adalah seperti nasi briyani, char kuey teow, satay dan pelbagai lagi hidangan,” katanya.

Turut hadir Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda