Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Kes Denggi di Klang Semakin Meningkat

By 28 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Siti Rosliza Ibrahim/Pejabat Kesihatan Daerah Klang (Klang)

KLANG, 28 Jan (Malaysiaaktif) – Kes denggi di Klang semakin meningkat pada awal tahun ini berbanding tahun lepas iaitu dari purata 100 kes sebulan meningkat kepada purata 180 kes sebulan walaupun tiada kes kematian dilaporkan setakat ini.

Menurut Pegawai Kesihatan Daerah Klang Dr. Siti Rohana Saad, peningkatan kes denggi disebabkan sampah sarap yang dibuang di lorong belakang kawasan perumahan dan terdapat takungan air di dalam rumah yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk.

“Masyarakat perlu memastikan kawasan dalam rumah dan persekitaran sentiasa bersih, tiada tempat takungan air, meletakkan ubat pembunuh jentik-jentik di tempat takungan air yang tidak dapat dimusnahkan dan menutup rapat bekas takungan air kekal,” katanya ketika ditemui dalam Mesyuarat Denggi Daerah Klang semalam.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Denggi Peringkat Daerah Klang yang juga merupakan Pegawai Daerah Klang Shahman Jalaludin, tindakan yang akan dilaksanakan bagi mengekang kes penularan denggi adalah dengan melantik ahli jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi yang merangkumi dua peringkat iaitu mendidik masyarakat serta mengambil tindakan penguatkuasaan.

Klang merupakan antara empat daerah yang tertinggi bagi kes denggi selain Petaling, Hulu Langat dan Gombak.

-ZS-

Tinggalkan komen anda