Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

BAP Meringankan Beban Ibu bapa, Penjaga

By 31 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Tanah Merah)

PASIR MAS, 31 Jan (Malaysiaaktif) – Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 seorang bagi sesi persekolahan 2022/2023 yang mula diagihkan 17 Januari lalu dilihat berjaya meringankan beban ibu bapa dan penjaga bagi persiapan persekolahan kanak-kanak yang ditanggung mereka.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada kerajaan kerana memberi BAP sebanyak RM150 berbanding RM100 sebelum ini kepada semua murid tanpa mengambil kira pendapatan keluarga.

“Seramai 345pelajar menerima wang bantuan tersebut,” kata Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kangkong (SKK), Che Hashim Hamzah ketika ditemui di Majlis Pengagihan BAP Tahun 2023-2024 di Dewan Ipomea SKK, di sini pagi tadi.

Menurut Huhaza Norlee Zohar, 43, ibu kepada seorang pelajar dari Kampung Buloh Melintang, beliau amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak kerajaan yang telah memberi bantuan ini.

“Saya amat bersyukur di atas pemberian wang untuk anak saya dan sangat berharap agar bantuan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Secara tidak langsung ia meringankan beban ibu bapa dan penjaga bagi menyediakan peralatan persekolahan anak-anak.” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda