Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Projek Pengawalan Hakisan Pantai Beri Perlindungan Jangka Panjang Kepada Rakyat

By 31 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Mohamad Afiq Ahmad Zaid (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 31 Jan (Malaysiaaktif) – Masyarakat setempat khususnya rakyat di negeri ini mendapat manfaat dengan pelaksanaan Projek Pengawalan Hakisan Pantai yang bernilai RM73.5 Juta di Pantai Tok Jembal, di sini.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ia juga memberi manfaat dan perlindungan jangka panjang kepada penduduk dan para nelayan di kawasan ini.

“Projek di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu telah dimulakan sejak 2010, siap sepenuhnya pada 24 Julai 2019,” katanya ketika ditemuI, di sini semalam.

“Projek itu dilaksanakan susulan keadaan pantai yang mengalami hakisan terutama ketika musim Monsun Timur Laut dan terdedah kepada ombak kuat dengan ketinggian maksimum sehingga tiga meter sekitar November hingga Mac.

“Justeru, kementerian mengambil langkah segera bagi mengawal dan melindungi pengunduran garis pantai daripada terus terhakis dan akan memberi manfaat kepada kawasan sekitar yang terjejas teruk iaitu Kampung Tok Jembal, Kampung Tanjung Gelam dan Kampung Kubang Badak, Kuala Nerus,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda