Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Dua Kanak-kanak Maut dalam Kebakaran di Gombak

By 2 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/JBPM Selangor

GOMBAK, 2 Jan (Malaysiaaktif) – Dua kanak-kanak maut dalam kebakaran sebuah rumah teres di Kampung Simpang Tiga, di sini awal pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, dua mangsa berkenaan adalah kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia enam serta sembilan tahun.

Menurut Norazam, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 3.54 pagi dan tiba di lokasi sembilan minit kemudian.

“Seramai 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dan BBP Rawang serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Gombak terlibat dalam operasi pemadaman.

“Mangsa ditemui dalam keadaan rentung setelah kebakaran berjaya dikawal pukul 4.43 pagi,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan untuk mengenal pasti punca kebakaran berkenaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda