Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Perpaduan Mengukuhkan Ikatan Ukhwah

By 2 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Musliha Yusof (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 2 Jan (Malaysiaaktif) – Sambutan Malam Cinta Rasul Daerah Batu Pahat di sini kelmarin berjaya mengukuhkan ikatan ukhwah
mendapat apabila sambutan memberangsangkan lebih 1,000 orang penduduk yang membanjiri Dataran Penggaram walaupun hujan gerimis.

Program yang berlangsung pada pukul 9.00 malam dimulakan dengan selawat Nariyah, bacaan al-Quran, berzanji, qasidah dan persembahan nasyid.

Para tetamu turut dipersembahkan alunan puisi oleh penyampai pelbagai bangsa seperti Mohd Azreen Naim, 41, Mohd Shafik Jijaya Abdullah, 56 dan Aariz Daniel Teo Abdullah, 31.

Pegawai Daerah Batu Pahat Nasri Md Ali menyeru kepada semua warga Islam di daerah ini untuk menggandakan usaha dalam merapat dan mengukuhkan perpaduan sesama masyarakat dan menganggap ini adalah amanah dan ibadah yang besar tanggungjawabnya kepada semua lapisan masyarakat.

“Program ini dilaksanakan untuk mengukuhkan ikatan ukhwah iIlamiah dalam kalangan masyarakat Islam dan bersama-sama melahirkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dengan berselawat,” katanya.

Turut hadir Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad, Ahli Parlimen Sri Gading Aminolhuda Hassan Onn Abu Bakar, Ahli Parlimen Batu Pahat
Nor Rashidah Ramli, Ketua-Ketua Jabatan, Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung di daerah ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda