Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Air Terjun Ulu Kongsor Tarikan Pencinta Alam

By 31 Disember 2022Januari 3rd, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurizzati Hanis Mohamad Zuki (Kuala Kangsar)

PADANG RENGAS, 31 Dis (Malaysiaaktif) – Air Terjun Ulu Kongsor yang terletak kira-kira 5 kilometer dari Pekan Padang Rengas menjadi salah satu destinasi pilihan pencinta alam yang ingin menikmati keindahan flora dan fauna.

Menurut pemilik Greenstone Campsite, Farizal Haji Shaari, 49, dia dan isteri mengambil insiatif membuka pusat rekreasi itu di atas tanah milik keluarganya yang dikelilingi dengan dusun buah serta didirikan beberapa kemudahan asas seperti tandas, surau, kantin dan gazebo.

“Lokasi ini mendapat tumpuan pengunjung tatkala berhujung minggu selain aktiviti perkhemahan yang kian popular terutama pada musim cuti persekolahan.

“Oleh itu, pelbagai aktiviti menarik ditawarkan seperti mendaki bukit dan bermalam di tapak perkhemahan serta gazebo dengan mengenakan bayaran sewaan,” ujarnya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Tambah Farizal, kawasan ini dijaga kebersihannya demi keselesaan pengunjung selain mengekalkan keindahan alam sekitar dan memelihara ekosistem sungai.

-ZS-

Tinggalkan komen anda