Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Nuklear Malaysia ke JaPen

By 5 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rahman Ishak (Putrajaya)/Fendi (JaPen)

PUTRAJAYA, 5 Jan (Malaysiaaktif) – Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) Dr. Abdul Rahim Harun hari ini mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), di sini.

Lawatan tersebut bertujuan meneruskan kesinambungan hubungan kerjasama strategik antara Nuklear Malaysia dan JaPen yang telah sedia terjalin sebelum ini.

Kehadiran Dr. Abdul Rahim disambut oleh Ketua Pengarah JaPen Datuk Mohd Sukari Ab Hamid dan pengurusan tertinggi jabatan.

Dr. Abdul Rahim menurunkan tandatangan pada buku lawatan Jabatan disaksikan oleh Mohd Sukari dan Timbalan Ketua Pengarah Penerangan (Kandungan Digital) Dr. Haniff Hassan.

Kunjungan ini adalah bertujuan bagi meneruskan kesinambungan hubungan kerjasama strategik di antara Nuklear Malaysia dan JaPen.

Turut hadir Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Dato’ Sivabalan Ethirmanasingham.

-ZS-

Tinggalkan komen anda