Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Perkukuh Semua Agensi di Bawah KKD, Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia Bakal Diwujudkan

By 31 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zaidy Salim/KKD

PUTRAJAYA, 31 Jan (Malaysiaaktif) – Beberapa pindaan melibatkan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) seperti Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan dibawa pada persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula pada 13 Februari ini.

“Tiada guna kalau data ada tetapi tidak selamat, JPDP perlu diperkukuh dan CyberSecurity Malaysia (CSM) juga perlu dilonjakkan.. perkara-perkara asas perlu diselesaikan segera.

“Kerajaan juga berhasrat menubuhkan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia sebagai langkah memperkukuh keselamatan siber di negara ini,” katanya.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Bulanan KKD 2023, di sini hari ini.

“KKD akan melaksanakan kerjasama dengan agensi berkaitan seperti CSM bagi menjayakan penubuhan suruhanjaya itu.

“Ada perancangan besar iaitu harapan untuk usahakan pembentukan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia,” katanya lagi.

Fahmi memberitahu semakan pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia akan selesai sebelum hujung Mac ini dan kini proses mengumpul maklum balas serta pertemuan dengan semua pihak berkaitan sedang dilaksanakan.

Turut diadakan penyampaian Sijil Penghargaan kepada semua wira dan petugas-petugas yang terlibat dalam Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali pada 16 Disember lalu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda