Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Lato-Lato Undang Reaksi Positif, Negatif

By 31 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Sunday Grace Justimus

PENAMPANG, 31 Jan (Malaysiaaktif) – Tek-tek, tuk-tuk… bunyi permainan lato-lato yang dihasilkan apabila dua biji bola yang mengetuk satu sama lain kini sohor dan mengundang pelbagai reaksi masyarakat.

Hussin Mukssin, 35, mengakui lato-lato dapat mengurangkan aktiviti anak-anak bermain telefon bimbit.

“Walau bagaimanapun, jika tidak dikawal, permainan lato-lato boleh mengganggu ketenteraman orang apa lagi kalau tinggal berjiran, jadi perlu ada teguran juga kepada anak-anak,” katanya ketika ditemui ketika menemani anak perempuannya berumur 10 tahun menyertai Pertandingan Lato-Lato anjuran radio swasta di Pusat Membeli-belah ITCC di sini baru-baru ini.

Mohd Shahrul Ridzuan, 25, pula menganggap permainan tersebut sebagai hiburan namun memberi kesan tidak baik jika berlebihan.

“Lato-lato ini hanya sohor buat masa sekarang, tentu tidak akan kekal sampai bila-bila dan tidak akan menjadi masalah. Cuma perlu bermain di tempat sesuai dan cara yang betul,” katanya yang turut menemani anak buahnya, Muhd. Hazriq Hafifi, 11 tahun yang muncul juara Pertandingan Lato-Lato.

Dalam pada itu, salah seorang peniaga lato-lato, Jelson Salip Sarip, 39, berkata permainan itu dijual di antara RM10 hingga RM15 seunit mengikut jenis dan warna lato-lato iaitu antaranya, ‘glowing stabilo’ dan ‘smile’ lato-lato.

“Untuk setiap satu set yang mengandungi 12 biji lato-lato. ia dijual pada harga RM80 sehingga RM85. Jumlah hasil jualan pula adalah di antara RM200 hingga RM400 sehari,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda