Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Perpustakaan Mini Masjid Jamiatus Solahiah jadi Model di Selangor

By 16 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 16 Jan (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan kerajaan Selangor berhasrat mewujudkan perpustakaan mini di masjid seluruh negeri dalam usaha mempelbagaikan fungsi serta memakmurkan rumah ibadat berkenaan.

Katanya, cadangan perpustakaan mini di masjid sangat baik sebagai nilai tambah dan memakmurkan masjid sekali gus menarik lebih ramai anak muda datang ke masjid.

“Perpustakaan mini ini akan dijadikan model dan akan dinilai untuk dilaksanakan di masjid-masjid lain.

“Jika ada impak besar, kita akan teruskan,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Perpustakaan Mini Masjid Jamiatus Solahiah, Kampung Sungai Tua Baharu, Batu Caves di sini semalam.

Turut hadir, Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) Ahmad Azri Zainal Nor dan Pengarah Projek perpustakaan, Shaharuddin Abu Bakar.

Sementara itu, Shaharuddin berkata pembinaan perpustakaan mini di Masjid Jamiatus Solahiah untuk menyahut seruan kerajaan negeri yang mahu ia dimulakan di masjid berkenaan.

“Diharap perpustakaan ini memberi manfaat kepada semua walaupun ruangan buku masih belum dipenuhi.

“Perpustakaan ini menyediakan kemudahan seperti komputer berinternet, mesin pencetak danpenyaman udara,” katanya.

Menurutnya, bahan bacaan yang tersedia berbentuk agama, pengetahuan am, kanak-kanak, novel remaja dan buku terbitan kerajaan negeri.

-ZS-

Tinggalkan komen anda