Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Program Nismilan Prihatin Daerah Kuala Pilah 2023 Bermula Kembali

By 13 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Shaharuddin Daud (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 13 Jan (Malaysiaaktif) – Seiring dengan usaha membantu masyarakat dalam menangani kos sara hidup, Program Nismilan Prihatin Kuala Pilah 2023 kembali semula dengan Flat Waja dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Pilah menjadi lokasi pertama jualan ini.

Menurut Pegawai Pertanian Daerah Kuala Pilah Abu Bakar Ishak, program ini merupakan kesinambungan kepada program tahun lepas dengan beberapa penambahbaikan dilakukan seiring dengan keadaan semasa khususnya dari segi penawaran harga dan barang kepada para pelanggan.

“Kerajaan Negeri Sembilan melihat program sebegini mendapat sambutan baik daripada masyarakat setempat malah ada yang memohon agar program ini diperluaskan lagi.

“Ini jelas memberi petanda bahawa masyarakat menghargai usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam menangani kos sara hidup khususnya barang makanan,” ujar beliau ketika ditemui di tapak program, di sini hari ini.

Program yang bermula dari pukul 8 pagi itu mendapat kunjungan yang baik daripada penduduk setempat serta kawasan sekitar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda