Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerakVideo

Cultural Lane Kg Koh, Sitiawan

By 13 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/video: Nurul Habibah/Muhammad Irsyad/Muhamad Tashrif (Manjung)

MANJUNG, 13 Jan (Malaysiaaktif) – Fenomena ‘Street Art’ bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Malah, di kebanyakan bandar mahupun pekan pasti mempunyai ‘Street Art’ tersendiri.

Di daerah Manjung, Cultural Lane Kampung Koh, Sitiawan turut menawarkan ‘Street Art’ yang mencerminkan budaya dan identiti daerah Manjung.

Biarpun masih dalam proses pembinaan, laluan seni yang diusahakan oleh Majlis Perbandaran Manjung ini berjaya menarik pengunjung dari dalam dan luar negara, seterusnya menjadikannya satu tarikan baru di sini.

Jika anda ke Sitiawan, luangkan masa untuk singgah ke lokasi ini yang terletak di belakang Maybank Kampung Koh, Sitiawan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda