Laporan/foto: Saufi Ab. Ghani (Kelantan)
BACHOK, 14 Jan (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil semalam menyantuni mangsa-mangsa yang terkesan akibat banjir pada Disember lalu
di Alor Bakat, di sini.
“Saya ingin menyatakan komitmen bahawa Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan terus memastikan kebajikan rakyat dibela tanpa diskriminasi termasuk negeri-negeri diperintah oleh pembangkang.
“Pendekatan rahmah ini diyakini mampu mengekalkan keharmonian dan perpaduan,” katanya.
“KKD hari ini memberi sumbangan berupa barangan keperluan asas seperti tilam, kelengkapan penjagaan diri, lampin pakai buang, ubatan, serta makanan sedia dimakan kepada 450 penerima melibatkan penduduk Tumpat, Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Kuala Krai, pengamal media dan warga KKD,” katanya lagi.
Hadir hadir Ketua Setiausaha KKD, Datuk Sri Mohammad Mentek, Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital), Ma. Sivanesan; Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Mohd Sukari Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi Penyiaran) Jabatan Penyiaran Ts. Putri Joliana Yaacob dan Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus.
-ZS-