Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Selangor Teruskan Program Jelajah Ehsan Rakyat

By 11 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norshazila Ahmad/Hazlina Tajuddin (Petaling)

SHAH ALAM, 11 Jan (Malaysiaaktif) – Program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) diteruskan di Selangor sehingga bulan Mac merupakan antara usaha kerajaan negeri mendepani masalah kenaikan harga barang.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari Program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) siri kedua ini akan diteruskan bergabung dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Koperasi Warga Hijrah Selangor (Kohijrah) bermula pada 15 Januari ini untuk kepelbagaian produk jualan.

“Saya juga memahami untuk stabilkan harga memang mengambil masa, oleh itu pihak Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) sedang berusaha mendapatkan bekalan dari Thailand untuk telur dan ayam,” katanya pada sidang media.

“Selangor mencatat hasil negeri sebanyak RM2.505 bilion tahun lalu, lebih RM500 juta mengatasi sasaran sekali gus antara pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun terakhir” katanya ketika menyampaikan amanat tahun baharu hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Negeri Selangor, Ahli-Ahli Majlis, Ketua-ketua kampung serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan ke Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 Bersama YAB Menteri Besar Selangor yang berlangsung di Auditorium, Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz.

-ZS-

Tinggalkan komen anda