Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Tayangan Skrin Besar Siar Aksi Malaysia-Thailand di Dataran MPKj

By 4 hari yang laluTiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nor Juliana Jamri/Noor Sazarina Mohd Noor (Hulu Langat)

KAJANG, 11 Jan (Malaysiaaktif) – Tayangan skrin besar perlawanan separuh akhir kedua Malaysia menentang Thailand telah diadakan di Dataran [email protected] Kajang semalam mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penyokong pasukan Harimau Malaya bagi memberikan sokongan kepada pasukan negara yang beraksi menentang pasukan Thailand.

Menteri Belia dan Sukan YB Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Bangi YB Syahredzan Johan hadir ke Dataran [email protected] Kajang bagi memberikan sokongan dan menyaksikan perlawanan tersebut.

Skuad Harimau Malaya tewas 0-3 kepada Thailand dalam separuh akhir kedua Piala AFF 2022 di Stadium Thammasat sekaligus menghentikan perjuangan skuad negara seterusnya memberi laluan kepada pasukan Thailand bertemu dengan Vietnam dalam perlawanan akhir yang bakal berlangsung pada 13 dan 16 Januari ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda