Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Semangat Bantu Orang Ramai Cetus Idea Tubuh Persatuan

By 19 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nor Emylia Lot (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 19 Jan (Malaysiaaktif) – Pengerusi Persatuan Kebajikan Wanita Prihatin Kuala Nerus, Wan Khairani Wan Hussin berkata penubuhan persatuan kebajikan yang telah direalisasikannya pada tahun 2006 bertitik tolak daripada persekitaran yang dilihat dan kekurangan golongan yang pernah dibantunya.

Kejayaan dalam membantu masyarakat yang memerlukan menjadi lebih bermakna apabila baru-baru ini pertubuhan ini telah diberi Anugerah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Gemilang oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diatas sumbangan jitu di dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik.

“Menjadi seorang sukarelawan merupakan tugas yang mulia kerana mereka membuat kerja-kerja sukarela tanpa ada paksaan daripada mana-mana pihak,” katanya ketika ditemu ramah, di sini semalam.

Katanya, kebanyakan sukarelawan perlu mengorbankan kehendak sendiri untuk memberikan kebahagiaan kepada orang lain.

“Mereka bukan sahaja berkorban tenaga tetapi juga masa dan wang ringgit untuk melaksanakan misi-misi kemanusiaan yang dijalankan tanpa mengira waktu,” tambah beliau.

Dalam pada itu, Wan Khairani mengharapkan supaya lebih ramai lagi ahli masyarakat memberikan sumbangan bukan sahaja di dalam bentuk wang ringgit tetapi dari segi tenaga, masa, buah fikiran, penyebaran maklumat dan juga rangkaian.

-ZS-

Tinggalkan komen anda