Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Simpulan Kasih Tautan Ukhuwah Bersama Membangun Insan Istimewa

By 17 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Shazreen Suradi/Haliza Mohd Taib

MUAR, 17 Jan (Malaysiaaktif) – Simpulan Kasih Tautan Ukhuwah Bersama Membangun Insan Istimewa anjuran Pertubuhan Kebajikan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Nur Zaharah telah berjaya diadakan di Pusat Dalam Komuniti Nur Zaharah, Parit Nipah, di sini semalam.

Menurut Pengerusi PDK, Abdullah Sahid, anak istimewa merupakan insan yang diamanahkan oleh Allah SWT kepada masyarakat untuk dijaga serta disantuni dan mereka juga termasuk dalam golongan Orang Kurang Upaya (OKU)

“Memasyarakatkan OKU ke dalam kehidupan komuniti supaya masyarakat bersikap prihatin, bertanggungjawab memastikan kesamarataan dan memperluaskan PDK dan OKU,” katanya.

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Noh Gadut berkata, masyarakat setempat seharusnya bersama membangunkan, membantu dan menyantuni OKU dari segala aspek agar dapat dijadikan sebagai ladang pahala.

-ZS-

Tinggalkan komen anda