Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Rakyat Parlimen Kota Melaka Terima Sumbangan Tahun Baru Cina

By 17 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Surega Vasuthevan/Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)

DUYONG, 17 Jan (Malaysiaaktif) – Program Penyampaian Sumbangan Perayaan Tahun Baharu Cina 2023 Peringkat Parlimen Kota Melaka adalah manifestasi Kerajaan Negeri Melaka dalam mengeratkan perpaduan dan membantu rakyat.

Menurut Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Datuk Kalsom Noordin program tersebut memperlihatkan keprihatian kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka membantu golongan yang kurang berkemampuan, warga emas dan orang kurang upaya bersama-sama menyambut perayaan itu.

“Seramai 200 orang daripada lima Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Kota Melaka telah menerima sumbangan hari ini.

“Saya berharap sumbangan yang diberikan ini dapat membantu dan memeriahkan lagi suasana perayaan Tahun Baru Cina,“ katanya ketika merasmikan program tersebut di Dewan Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri Kawasan Duyong, hari ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda