Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Taman Rekreasi Milik Rusikan, Tumpuan Orang Ramai

By 28 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Dexter Cysonned

KENINGAU, 28 Jan (Malaysiaaktif) – Taman Rusikan Kampung Sinaron, Sook menjadi tumpuan orang ramai untuk meluangkan masa hujung minggu bersama keluarga dengan menyajikan fasiliti tepi sungai yang lengkap untuk pengunjung.

Menurut pemiliknya, Rusikan Imbayan, 85, taman yang terletak lebih kurang 200 kilometer (km) dari bandar Keningau ini dibuka sejak tahun 2013 lagi, namun fasiliti ketika itu masih kurang.

“Dahulu kami tidak mempunyai banyak fasiliti namun sekarang ditambah untuk keselesaan pengunjung. Antaranya chalet, gelanggang bola tampar, kawasan yang luas untuk acara dan dewan mini terbuka.

“Kami juga menerima kunjungan daripada pelbagai kumpulan yang ingin membuat acara berskala besar di sini kerana kami mempunyai kawasan yang agak luas,” katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.

“Yuran masuk hanya dikenakan RM5.00 seorang sahaja manakala harga chalet yang ditawarkan adalah mengikut jenis,” katanya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda