Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Tarian Sewang Sambut Keberangkatan Tiba Agong

By 7 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rose Rasidi/Zulbaidi Mohamed

CAMERON HIGHLANDS, 7 Jan (Malaysiaaktif) – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah disambut meriah oleh masyarakat Orang Asli Semai dengan tarian sewang ketika keberangkatan baginda bertemu penduduk Kampung Orang Asli Kuala Boh, di sini hari ini.

Menurut Tok Batin Masenan Nordin, kehadiran baginda mencemar duli mengunjungi kampung mereka merupakan satu rahmat dan kegembiraan kepada seluruh penduduk kampung.

“Kami amat menyanjung tinggi dan sembah daulat kepada baginda Tuanku atas kesudian hadir ke kampung kami, maka sebab itulah kami sambut baginda dengan tarian sewang yang menjadi tradisi masyarakat kami,” ujarnya dengan nada kesyukuran.

Baginda juga turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada 128 ketua isi rumah serta kanak-kanak Orang Asli di sini dan turut menyantuni penduduk setempat serta menzahirkan keprihatian baginda dalam pembangunan perumahan dan infrastruktur kampung Orang Asli.

Turut mengiringi keberangkatan baginda ialah Menteri Besar Pahang Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Parlimen Datuk Ramli Mohd Nor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tanah Rata Ho Chi Yang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda