Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

160 Hadir ‘Fun Ride’ Jelebu Sihat

By 24 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Khairul Othman (Jelebu)

JELEBU, 24 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 160 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan hadir di program ‘Fun Ride’ Jelebu Sihat, di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang Bakri Sawir dalam ucapan perasmiannya berkata, selain untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan mengeratkan perpaduan, peserta juga boleh melihat keunikan adat Perpatih negeri ini yang diterajui oleh Tuanku Muhriz.

Program anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu itu diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-75 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Selain kayuhan berbasikal sejauh 10km turut diadakan acara senam sihat, pemeriksaan kesihatan, pameran kesihatan dan demonstrasi kardiopulmonari pernafasan (CPR).

-ZS-

Tinggalkan komen anda