Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Apabila Sampah Menjadi Punca Rezeki

By 28 Februari 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Tanah Merah)

PASIR MAS, 27 Feb (Malaysiaaktif) – “Bau busuk, kotor dan hanyir sudah sebati malah menjadi perkara biasa apabila mengambil sampah di halaman rumah penduduk tempatan.”

Menurut Yusran Md Yusuf, 50, pengawal keselamatan dari Kampung Binjai Kangkong berkata, beliau bertangungjawab mengutip sampah yang dibuang di halaman rumah dan membuangnya ke dalam tong sampah besar yang telah disediakan oleh Majlis Daerah Pasir Mas.

Perkhidmatan tersebut disediakan oleh Koperasi Kariah Masjid Mukim Kangkong, Pasir Mas.

“Dalam satu minggu, hanya tiga kali saya mengambil sampah iaitu hari lsnin, Rabu dan Sabtu, setiap rumah dikenakan bayaran RM20 sebulan, sekarang sudah lebih 50 buah rumah meliputi enam buah kampong yang saya kutip,” katanya ketika ditemui.

“Apabila sampah diambil, tidak ada lagi bau busuk dan persekitaran pun bersih” ujar beliau lagi.

Jika ada kotak kertas dan botol plastik, beliau akan mengambilnya untuk di jual semula bagi menambah pendapatan.

Bapa kepada lima orang anak ini mengutip sampah sebagai tugas sampingan sahaja. Kerja tetap beliau adalah sebagai seorang pegawal keselamatan di sebuah sekolah yang berhampiran.

Sementara itu peniaga goreng pisang dari Kampung Keranji, Rahimah Omar, 59, berkata dengan adanya perkhidmatan ini sampah tidak terbiar kotor di halaman rumah.

“Baik juga kerja ni sekurang-kurang kita hidup dalam udara segar dan nyaman,” kata beliau ketika melihat Yusran sedang membuang sampah dari Motosikal Choley ke dalam tong sampah yang disediakan.

“Terima kasih kepada Koperasi Kariah Masjid Mukim Kangkong” kata Rahimah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda